Sunday, July 3, 2011

Anugerah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Agak lama tidak membuka blog sendiri. Alasan yang paling munasabah adalah malas untuk update. Buktinya aku langsung tidak ubah apa-apa yang ada dalam blog ni. Tak apalah mungkin akan ada sahabat yang rajin nak bantu aku menghias blog ni. Tolong ye sahabat.

Anugerah?Ini yang terlintas di fikiran aku sekarang. Bukan anugerah bintang paling popular dan bukan juga anugerah yang sultan bagi serta sebagainya. Tapi anugerah yang dimaksudkan di sini ialah Anugerah daripada Maha Pencipta yang terlalu banyak kepada hambaNya sehingga aku lalai, lupa, tak hargai dan sebagainya. Padahal apa jua yang Allah bagi adalah Anugerah untuk kita semua.

Antara anugerah yang aku dapat termasuklah mak ayah yang penyayang dan bertanggungjawab, adik beradik yang sanggup layan kerenah aku, agama yang aku anuti sejak kecil, Iman (walaupun kadang-kadang naik kadang-kadang turun) dan semua yang aku dapat sepanjang hayat termasuklah kawan-kawan sama ada yang suka atau tidak suka aku serta kau teman sejati yang masih kunanti.

Betapa pemurah Allah anugerahkan kau kepada aku. Walaupun kadang-kadang aku tak pasti sejauh manakah hubungan ini tapi aku tetap bersyukur kerana kau hadir dalam hidup aku. tapi jauh di sudut hati ini aku harap sangat kau jadi milik aku yang sah. Melalui usia kita yang seterusnya bersama. Susah senang, suka duka, senyum masam, rindu sayang semuanya bersama. Namun, bak kata sahabat, cinta pada manusia seperti sesuatu yang kita gengam. Dia berada di tangan kita tapi satu hari nanti kita pasti perlu melepaskannya sama ada dia benci pada kita atau dia meninggalkan kita untuk selama-lamanya. Sebaliknya, cinta pada Allahlah yang kekal. Cinta dalam hati. Cinta yang tak pernah meninggalkan kita tapi hanya kita yang meninggalkannya. Lagipun hatikan dalam badan macam mana hati tu nak keluar. Terima kasih sahabat kerana berkongsi ilmu dan mengingatkan aku.

Satu lagi cinta yang tak pernah lusuh yang tidak pernah hilang ialah cinta keluarga. Sejahat manapun ahli keluarga itu tetap diterima ahli keluarga yang lain. Sudah banyak kali aku menjadi saksi perkara seperti ini. Setiap kali juga perkara ini menjadi iktibar dan pengalaman kepada aku. Sucinya cinta keluarga kita kepada kita. Maka sayangilah mereka selama-lamanya bukannya setakat mereka hidup. ADIK SAYANG SEMUA KELUARGA ADIK.

Setakat ini sajalah ek. Bola pun da mula. Malaysia lawan Taiwan. Doakan kejayaan anak muda kita. Tanah Tumpahnya Darahku.

No comments:

Post a Comment